Wednesday, April 22, 2020

PJPK : PING PONG 1.0


Jawab kuiz pengukuhan selepas selesai membaca nota di bawah.

Pingpong ialah permainan yang dimainkan secara perseorangan atau secara beregu. Permainan ini memerlukan meja, bola dan bet. Setiap pemain boleh menggunakan pelbagai kemahiran pukulan, tolakan, servis dan smesy bola mengikut situasi permainan. 


    Untuk memulakan permainan, pemain perlu membuat servis dengan melambung bola dan memukulnya ke kawasan meja sendiri dengan satu lantunan, sebelum memasuki kawasan meja pemain lawan. Pemain lawan perlu mengembalikan terus bola tersebut.


   Permainan berterusan sehingga salah seorang pemain gagal mengembalikan bola, atau bola terkeluar dari kawasan meja permainan.


   Jika servis terkena jaring dan memasuki kawasan meja pihak lawan, servis let akan diberi. Servis bertukar tangan selepas mana-mana pemain mengutip dua mata. 


   Pemain yang berjaya mengutip 11 mata akan diumumkan sebagai pemenang dalam set tersebut. Biasanya satu perlawanan mengandungi 3 atau 5 set, dan pemain perlu memenangi 2 daripada 3 set atau 3 daripada 5 set yang dipertandingkan.


(Kuiz) Klik di sini untuk kuiz.



PJPK KSSM TINGKATAN 3
UNIT 4: PERMAINAN KATEGORI JARING - PING PONG
Kredit: Buku Teks PJPK Tingkatan 3 KSSM