Tuesday, January 18, 2011

Introduction to Networks

Network Definition

•A computer network consists of two or more computers that are linked in order to share resources (such as printers and CD-ROMs), exchange files, and allow electronic communications.

•The computers on a network may be linked through cables, telephone lines, radio waves, satellites or infrared light beams.




# Network bermaksud rangkaian atau jaringan. Sesuatu yang saling berkait atau berhubung antara satu sama lain. Contohnya: sarang labah-labah. Saling berkait antara satu benang dengan benang yang lain sehingga membentuk satu jaringan besar.

Kita biasa mendengar... Social Network site - laman jaringan sosial. 
Laman/ website yang membolehkan kita berkenalan, berhubung atau bersosial dengan rakan-rakan dari serata dunia. Kita boleh membentuk jaringan persahabatan dengan ramai kenalan melalui Social Network site. Contohnya: Facebook, Friendster dan Twitter

What is Computer Network?
Ia bermaksud rangkaian atau jaringan komputer.Contohnya ialah Internet (satu rangkaian yang terdiri daripada beribu-ribu komputer di seluruh dunia).

Rangkaian komputer (computer network),mesti terdiri daripada dua komputer atau lebih yang dihubungkan antara satu sama lain supaya boleh:

a) berkongsi sumber atau alatan seperti printer ~ untuk menjimatkan kos, Cyber Cafe biasanya menyediakan satu printer sahaja walaupun mempunyai banyak komputer. Dengan adanya network, satu printer boleh dikongsi oleh beberapa komputer.

b)bertukar-tukar atau berkongsi dokumen/fail ~ dokumen atau fail boleh dikongsi  melalui network. Tidak perlu menggunakan pendrive, CD atau external storage device yang lain untuk berkongsi dokumen, fail atau lagu dengan orang lain atau dengan komputer lain. 

Contohnya, kita boleh menghantar sesuatu dokumen kepada rakan melalui Internet dengan menggunakan e-mail atau berkongsi melalui jaringan sosial (Facebook) tanpa perlu guna pendrive atau memory card dan juga tak perlu berjumpa face to face dengan rakan tersebut.

c) berkomunikasi secara elektronik ~ biasanya kita berkomunikasi dengan rakan secara bersemuka (face to face). Bagaimana sekiranya hendak berkomunikasi dengan rakan yang jauh?

Salah satu caranya ialah melalui medium elektronik iaitu kaedah perhubungan yang menggunakan peralatan elektronik seperti telefon atau komputer. Dengan adanya Internet connection di komputer (contoh bagi computer network) kita boleh berkomunikasi dengan rakan yang jauh melalui instant messaging (IM), Yahoo Messenger (YM), Skype, Video Call, Facebook atau e-mail.


No comments:

Post a Comment